Kita ada dengar desas desus mengatakan bahawa Paulo Josue bakal meninggalkan KL city. Namun apa yang dikatakan beliau tidak sama sekali akan tinggalkan KL city macam tuh je. Dia masih lagi ada toleransi dan terbuka dalam meja perbincangan bagaimana nak selesaikan masalah tunggakan gaji ini.
Memang diakui pasukan KL city ada masalah tunggakan gaji.
Apa syaratnya?
Perlu ada surat perjanjian, (hitam putih). Iaitu perlu didokumentasi apa pelan yang terbaik dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain, bukan dia sahaja. Pemain yang lain juga kena selesaikan dengan cara baik biar apa pun keadaannya.
Dia masih ada guna otak dan juga kewarasan melihat keadaan pasukan KL city yang berdepan masalah kewangan yang sangat teruk. So apa salahnya Ketua Pasukan KL City bertolak ansur untuk memberi kelonggaran buat kelab cari jalan penyelesaian dalam keadaan yang semakin meruncing.