• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2024-25

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2024/25

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
You are here: Home / PIALA ASIA / Iran hantar Jepun balik kampung 2-1, Elakkan bertemu Konoha di Piala Asia

Feb 03 2024

Iran hantar Jepun balik kampung 2-1, Elakkan bertemu Konoha di Piala Asia

iran 2-1 jepun

Game di suku akhir nampaknya rancak. Sudah sampai di suku akhir pastinya semua pasukan dah all out dalam kempen Piala Asia 2023/24. Disebelah sana, Korea dan Jordan mara ke separuh akhir bertemu sekali lagi setelah terikat seri dalam peringkat kumpulan. Mana di sebelah jepun , Jepun tersingkir tewas 1-2 dengan Iran.

JEPUN SIMPAN PEMAIN TONGGAK UTAMA.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Education City itu menyaksikan Jepun merehatkan beberapa tonggak utama di bangku simpanan. Keadaan itu tidak memberikan masalah buat pasukan bimbingan Hajime Moriyasu apabila mendahui permainan hasil serangan pantas sebelum disudahkan dengan tenang oleh Hidemasa Morita pada minit ke-28.Iran cuba memberikan tekanan pantas namun aksi separuh masa berakhir dengan kelebihan milik Jepun.

 

HT | 🇮🇷 IR Iran 0️⃣-1️⃣ Japan 🇯🇵

Japan are in front at the break. Can IR Iran orchestrate the much-needed comeback in the next 45 mins?

Watch Live 📺 https://t.co/Wvc1BBMMBe#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #IRNvJPN pic.twitter.com/3bSWu9Nwta

— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 3, 2024

SEPARUH MASA KEDUA, KEBANGKITA IRAN.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan aktif melancarkan gerakan dengan skuad kendalian Amir Ghalenoei tampil lebih yakin. Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pemain sayap sensasi Iran, Mohammad Mohebi berjaya meledak gol penyamaan menewaskan Zion Suzuki sepakan leret ke sebelah kiri gawang.

Separuh masa kedua, pasukan Iran pulak mengasak beb, fizikal badan yang lebih besar dari Jepun, membuat serangan demi serangan , kaw kena attack je Jepun.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan Team Melli terus melancarkan serangan dan memberikan tekanan kepada jentera pertahanan Jepun namun digagalkan oleh Suzuki.

Tambahan masa 4 minit mengubah keputusan perlawanan selepas Iran diberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Alireza Jahanbakhsh. Itulah silap defend boleh pulak taram kaki player Iran dekat last-last minit nih.

Pada aksi suku akhir, Jepun telah mengalahkan Bahrain sementara Iran menyingkirkan Syria.

Iran vs Japan

Pukul 11:30 malam nanti perlawanan diantara tuan rumah Qatar vs Uzbekistan. Layannn.

Dengan kekalahan Jepun pada malam ini, kesemua pasukan yang berada di peringkat kumpulan bersama Indonesia telah sah tersingkir. Manakala 2 pasukan yang berada dengan kumpulan Malaysia layak ke separuh akhir.
Kumpulan D.
Iraq – Tersingkir❌
Jepun – Tersingkir ❌
Indonesia – Tersingkir ❌
Vietnam – Tersingkir ❌
Group E
Korea – Separuh Akhir ✅
Jordan – Separuh Akhir ✅
Malaysia – Tersingkir ❌
Bahrain – Tersingkir ❌
Taktik Korea nak elak Jepun, tapi Jepun tersingkir? 😂😂😂

Written by mynewspo-admin · Categorized: PIALA ASIA · Tagged: keputusan iran vs jepun piala asia 3.2.2024

UserOnline

37 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in