Game di suku akhir nampaknya rancak. Sudah sampai di suku akhir pastinya semua pasukan dah all out dalam kempen Piala Asia 2023/24. Disebelah sana, Korea dan Jordan mara ke separuh akhir bertemu sekali lagi setelah terikat seri dalam peringkat kumpulan. Mana di sebelah jepun , Jepun tersingkir tewas 1-2 dengan Iran.
JEPUN SIMPAN PEMAIN TONGGAK UTAMA.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Education City itu menyaksikan Jepun merehatkan beberapa tonggak utama di bangku simpanan. Keadaan itu tidak memberikan masalah buat pasukan bimbingan Hajime Moriyasu apabila mendahui permainan hasil serangan pantas sebelum disudahkan dengan tenang oleh Hidemasa Morita pada minit ke-28.Iran cuba memberikan tekanan pantas namun aksi separuh masa berakhir dengan kelebihan milik Jepun.
SEPARUH MASA KEDUA, KEBANGKITA IRAN.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan aktif melancarkan gerakan dengan skuad kendalian Amir Ghalenoei tampil lebih yakin. Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pemain sayap sensasi Iran, Mohammad Mohebi berjaya meledak gol penyamaan menewaskan Zion Suzuki sepakan leret ke sebelah kiri gawang.
Separuh masa kedua, pasukan Iran pulak mengasak beb, fizikal badan yang lebih besar dari Jepun, membuat serangan demi serangan , kaw kena attack je Jepun.
Pasukan yang terkenal dengan jolokan Team Melli terus melancarkan serangan dan memberikan tekanan kepada jentera pertahanan Jepun namun digagalkan oleh Suzuki.
Tambahan masa 4 minit mengubah keputusan perlawanan selepas Iran diberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Alireza Jahanbakhsh. Itulah silap defend boleh pulak taram kaki player Iran dekat last-last minit nih.
Pada aksi suku akhir, Jepun telah mengalahkan Bahrain sementara Iran menyingkirkan Syria.
Pukul 11:30 malam nanti perlawanan diantara tuan rumah Qatar vs Uzbekistan. Layannn.