Dijangka pasukan Thailand akan all out game pada malam ini. Pasukan Malaysia dilihat sudah patah kaki sebab ada yang sudah dilepaskan ke kelab masing-masing sebab nak fokus piala malaysia. Entahla aku no komen dalam hal ini. Ini sudah tentunya mengganggu tugas sementara pau Marti dalam menentang pasukan seterusnya Thailand dan Singapura nanti.
Petang ini kita tengok macam mana keputusan Singapura vs Timor leste. Kalau timor leste seri atau menang dengan Singapura. Malaysia masih ada peluang untuk mara ke pusingan seterusnya atau peluang masih samar-samar. Yang penting last game dengan Singapura kena menang itu sahaja untuk layak. FAM pun dah target untuk Harimau Malaya sampai ke final. Aku anggap benda ini tak realistic dengan persiapan yang sangat singkat buat pasukan ini.
Adakah pasukan Malaysia akan dibelasah dengan rakusnya game pada malam ini, seperti pasukan Timor Leste 10-0 pada perlawanan pertama. Thailand pun ada kelebihan dapat rehat lebih lama. Malaysia pun kurang rehat lepas tuh nak hadap pasukan Singapura game last. Aku rasa thailand akan menang game pada malam ini melainkan pasukan Malaysia tukar taktikal bermain lebih kepada bertahan game malam ini. Itu sahaja yang aku boleh rasakan kalau nak harap seri sahaja dalam game krtikal penting malam ini.
Biar apapun keputusan malam ini , aku yakin harimau malaya akan bangkit untuk kejohanan seterusnya nanti. Semoga berjaya game pada malam ini. Jam 9 malam di stadium gelanggang keramat Thailand, Stadium Raja Mangala .
KEPUTUSAN TERKINI THAILAND VS MALAYSIA PIALA AMEC 14.12.2024
INFO SIARAN LANGSUNG THAILAND VS MALAYSIA PIALA AMEC 14.12.2024