PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi berkata, juara 33 kali itu telah melakukan persiapan rapi untuk perlawanan kedua Pusingan 16 Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Malah Kinoshi, yang memulakan tugas mengendalikan The Red Giants ketika berdepan gergasi Thailand, Muangthong United dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) juga, yakin pemain-pemain Selangor akan memberikan persembahan yang lebih baik berbanding perlawanan lalu.

“Bagi saya, perkara paling penting untuk perlawanan malam ini adalah untuk menjaringkan lebih banyak gol, dan saya bertanggungjawab untuk menjayakannya.

“Kami (kakitangan kejurulatihan) telah bekerja keras dalam latihan pemulihan selepas perlawanan ACL2 baru-baru ini dan memastikan pemain berada dalam keadaan baik.

“Dari sesi latihan yang kami lalui, saya yakin pasukan akan beraksi lebih baik dan melaksanakan rancangan yang telah kami susun,” kata Kinoshi.

Sementara itu, Selangor dijangka berdepan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad yang diikat 1-1 dalam perlawanan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebelum ini tanpa khidmat Noor Al-Rawabdeh (cedera anterior cruciate ligament), V Ruventhiran (kecederaan tisu kaki), Khuzaimi Piee Khuzaimi (kecederaan hamstring), Samuel Somerville (lutut.)

KEPUTUSAN TERKINI SELANGOR VS SRI PAHANG 1.12.2024

INFO SIARAN LANGSUNG SELANGOR VS SRI PAHANG 1.12.2024

TONTON DISINI