INFO SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN TERAKHIR KUMPULAN D, MALAYSIA VS CHINESE TAIPEI STADIUM BUKIT JALIL 11 JUNE 2024.
Ini adalah peluang terakhir dan tinggal 5 slot yang akan diisi tak pasti pasukan manakah yang akan melangkah ke pusingan ketiga piala dunia. Kita bermula dengan baik dalam kempen kelayakan piala Dunia 2026, menewaskan Kyrgrystan 4-3 dengan perlawanan yang cukup mendebarkan. Tewaskan Chinese Taipei 1-0 di tempat lawan.
Bila bertemu dengan Oman, kita jadik lemau kalah ditempat lawan 0-2, juga ditempat sendiri 0-2. Last perlawanan kita dapat seri 1-1 dengan Kyrgyzstan. Ini pulak nak cari misi gol banyak lawan dengan Chinese Taipei 8-0. Bukan senang, nak dapat banyak gol, lawan dengan team ini dekat sana , kita punyalah susah nak dapatkan satu gol tuh.
Apepun perlawanan ini nanti kita kena realisitik pada hari selasa ini jam 9 malam di stadium Bukit Jalil. Ketika entri ini ditulis, tak sampai 10 ribu tiket dijual lagi. Aku menjangkakan jumlah penonton yang hadir dalam lebih kurang 40 ribu paling banyaklah. Tak boleh penuhla.
Itu kita belum cerita lagi keadaan padang stadium Bukit Jalil macam mana keadaanya? Key player ramai takda, seperti Arif Aiman, Faisal Halim (mangsa simbahan asid). Adakah pasukan Harimau Malaya akan kembali ke zaman kegelapan dalam dunia bola sepak diatas tangan Ghaib yang semua orang tahu siapa mastermind dalam dalang dunia bola sepak ini. Luar negara atau di dalam negara kita. Macam-macam hal berlaku.
Perang psikologi dah berlaku dari semalam dalam sidang media semalam. Coach Chinese Taipei mahu tiga mata juga dengan memasukkan tiga pemain natrulisasi dan bengang dengan Kim Pan Gon mahu tewaskan dengan jaringan yang besar
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS CHINESE TAIPEI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026
INFO SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS CHINESE TAIPEI 11.6.2024