Pejam celik pejam celik, Lee Zii jia dah masuk ke separuh akhir dalam sukan Olimpik Paris yang besar ini. Dari peringkat kumpulan, 2 perlawanan cemerlang. Pusingan 16 terbaik tewaskan tuan rumah 2 set. Suku akhir terbaru tewaskan ranking ketiga, Ander Antonsen juga straight set. Rekod sama seperti Axelson yang mara ke separuh akhir. Tinggal 4 pemain perseorangan lelaki yang mara. Iaitu Kunlavut , Lakshya Sen, Viktor Axelson dan Lee Zii Jia.
Apakah percaturan dan strategi Lee Zii Jia menghadapi pemain juara dunia ini, dari Thailand bukanlah calang-calang punya pemain. Berjaya tewaskan Shi Yuqi di peringkat suku akhir 2 set straight beb. Jurang mata pun jauh nak kejar.
Dia lebih suka main rally yang panjang dan defend dia superb beb. Harap Lee Zii jia alert main macam biasa jugak sebelum ini lebih tenang dan jangan gopoh gapah.Tengok lawan juga main macam mana, dia duk tekan-tekan smah laju kencang, kena tukar strategi. Ikut rekod pertemuan lee zii jia dengan Kunlavut seimbang dalam 8 pertemuan, 4 menang 4 kalah. Last ini tak tahu siapa yang akan menang.
Kita doakan semoga berjaya buat lee Zii Jia pada perlawanan petang ini jam 4:15 nanti. All the best Lee Zii Jia.
KEPUTUSAN TERKINI KUNLAVUT VITISARN VS LEE ZII JIA
INFO SIARAN LANGSUNG KUNLAVUT VITISARN VS LEE ZII JIA 4.8.2024