JDT sekarang ini berada ditempat kelima dalam saingan piala ACL ELITE peringkat kumpulan , barat. Misi tiga mata “wajib” untuk menghidupkan peluang 8 terbaik dalam kumpulan ini. Perlawanan yang lepas, jdt tewas dengan Shandong Taishan 1-2 ditempat lawan.
Kalau ikut rekod, rekod kemenangan di away game memang takda, cuma ada satu seri sahaja yang lain semua kalah. 2 Kemenangan di stadium JDT iaitu Ulsan HD, dan Shanghai Shenhua.
BURIRAM UNITED PUN MAHU MENANG.
Kedua-dua pasukan mahukan kemenangan diterjemah pada game yang penting ini. Sebab perlukan kemenangan untuk kekal berada di tempat 8 terbaik dari 12 barulah dapat layak ke pusingan seterusnya.
PENGENDALI Buriram United, Osmar Loss menegaskan pihaknya sudah bersedia bagi mengharungi aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.
Malah, Osmar turut yakin anak buahnya dapat mencipta kejutan dalam usaha merebut slot ke peringkat lapan pasukan terbaik Zon Timur bagi saingan kali ini.
“Kemenangan ini amat penting buat kami. Kami telah tumpas dua kali berturut-turut kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale (0-3) dan Yokomaha Marinos (0-5).
“Oleh itu, kami mahu bangkit dan pertembungan JDT kali ini amat penting untuk melakukan kejutan kerana bukan mudah untuk menewaskan mereka di sini (Stadium Sultan Ibrahim).
“Perlawanan ini juga boleh diibaratkan seperti aksi final apatah lagi kedua-dua pasukan mahu bangkit daripada kekalahan dan meraih tiga mata berharga bagi mengukuhkan kedudukan dan seterusnya layak ke pusingan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.
Sementara itu, pemain pertahanan skuad Thunder Castle yang merupakan tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya, Dion Cools mengingatkan rakan sepasukan supaya lebih berwaspada dengan corak permainan pantas Harimau Selatan sepanjang perlawanan.
Katanya, dia mengenali ramai pemain JDT dan ia dilihat mampu membantu jurulatih (Osman Loss) untuk merangka strategi terbaik bagi memerangkap lawan.
“Apa pun, saya minta agar semua pemain berhati-hati, kerana JDT mungkin akan tampil dengan corak permainan berbeza
“Secara keseluruhan, JDT adalah pasukan hebat dan kami harus meningkatkan rentak permainan bagi menyaingi mereka yang terkenal melakukan serangan pantas,” katanya.
Kapten pasukan JDT, Jordi Amat melaungkan kesediaan untuk aksi menentang Buriram United dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim.
JDT SENTIASA MAHU MENANG TAK KIRA LAWAN SIAPA!!
JDT mahu bangkit dari kekecewaan setelah tewas tipis kepada Shandong Taishan dalam aksi kelima ACLE pada 26 November lalu.
Jordi Amat mengakui Buriram United merupakan antara pasukan yang kuat dalam kumpulan A namun beliau yakin pasukan JDT mampu memberikan tentangan sengit untuk aksi di Stadium Sultan Ibrahim kelak.
“Benar kami akan melawan salah satu kelab terbaik di Thailand, ini akan menjadi aksi yang sukar buat kami.
“Kami perlu sentiasa fokus dan bermain sebagai satu pasukan. Kedua-dua pasukan bermain sistem yang sama jadi ini akan menjadi lebih menarik.
“Kami sentiasa mencipta banyak peluang dalam setiap perlawanan, saya harap esok kami boleh menjaringkan gol untuk menutup perasaan kecewa kami ketika melawan Shandong Taishan tempoh hari.
“Ini waktu yang terbaik untuk membuktikan kami bagus dan kami akan tunjukkan bola sepak kami kepada semua.
“Ini akan menjadi seperti perlawanan akhir kerana kedua-dua pasukan mempunyai 7 mata. Matlamat kami di JDT adalah untuk sentiasa mahukan kemenangan tidak kira siapapun lawan kami.
“Kami akan berjuang dari minit pertama hingga minit terakhir perlawanan. Semua pemain sudah bersedia untuk aksi pada esok hari.” ujar Jordi Amat dalam sidang media pra perlawanan JDT menentang Buriram United.
JDT bakal berhadapan dengan ujian Buriram United terlebih dahulu sebelum bertemu dua lagi pasukan iaitu Central Coast Mariners dan juga Pohang Steelers untuk baki dua perlawanan dalam kumpulan A ACLE.
KEPUTUSAN TERKINI JDT VS BURIRAM UNITED.