Indonesia menewaskan Vietnam 1-0 hasil dari jaringan tunggal Asmawi . Biarpun bukan pasukan pilihan, berada ranking paling rendah dalam kumpulan D apatah lagi satu kumpulan dengan Jepun, Iraq dan Vietnam. Skuad kendalian Sin Tae Yang, Indonesia membuktikan mereka mampu kutip tiga mata penting untuk bersaing dalam kumpulan ini. Separuh masa pertama diminit ke 42″. Indonesia akhirnya diberikan sepakan penalti apabila Rafael Struick ditarik pemain Vietnam di dalam kawasan kotak penalti. Disempurnakan dengan baik oleh Asmawi.
𝐃𝐫𝐞𝐚𝐦 🤝 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐲
🇮🇩 The wonderstrike that brings hope and joy to the whole nation!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #VIEvIDN pic.twitter.com/63oOul4mB1
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 19, 2024
Sebelum itu juga, Sandy Walsh hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-36 namun tandukan beliau berjaya dinafikan oleh penjaga gol Vietnam, Philip Nguyen.
𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒗𝒆.
🇻🇳 Filip Nguyen is always ready!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #VIEvIDN pic.twitter.com/lgxx33h7ag
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 19, 2024
Bermula separuh masa kedua, Vietnam melakukan beberapa pertukaran pemain dan tampil lebih agresif dalam menyerang kubu pertahanan Indonesia untuk mendapatkan gol penyamaan.
KEHILANGAN KHIDMAT JORDI AMAT.
Ada harga yang perlu dibayar buat pasukan Indonesia, perlawanan diberhentikan buat seketika apabila Jordi Amat mengalami kecederaan pada bahagian muka dan tidak dapat meneruskan perlawanan setelah bertembung dengan Van Tung Nguyen. Jordi Amat kemudian terpaksa diusung keluar dan digantikan dengan pemain pertahanan berusia 22 tahun, Rizky Ramadhani.
Anak buah kendalian Phillipe Troussier meneruskan pencarian gol mereka namun Vietnam sukar memasuki kawasan kotak penalti lawan.
Tambah malang buat pasukan Vietnam yang terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Le Thanh Phong dilayangkan kad merah pada minit ke-90 ekoran mengutip dua kad kuning pada minit ke 83 sebelum itu. Mana tak tertekan, dahla ketinggalan, memang pressure kawan tuh. Ini bukan piala AFF tau team Vietnam. Ini piala Asia bang.
Vietnam hampir mendapatkan gol pada masa tambahan menerusi sepakan percuma namun penjaga gol Indonesia pantas menepis keluar bola tersebut.
Apepun tahniah buat skuad garuda. Doakan pasukan Malaysia juga bisa menang lawan dengan Bahrain esok jam 10.30 malam nanti juga. Huhu.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN D:
- IRAQ 6 MATA (SUDAH LAYAK MARA)
- JEPUN 3 MATA
- INDONESIA 3 MATA
- VIETNAM 0 MATA
Perlawanan seterusnya mempertemukan Jepun dan Indonesia manakala Vietnam akan bertemu Iraq pada 24 Januari ini untuk aksi terakhir peringkat kumpulan D Piala Asia 2023.