Dari Dewan parlimen. Ah ha Berikut adalah teks ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Jumaat sebentar jer tadi huh.
Tema bajet 2016 “MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT”
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.
MUKADIMAH
Tuan Yang Dipertua,
1. Saya mulai, dengan menyebut BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A’iamin, Wa bihi Nastai’n.
2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta’ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi, … juga,… yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang.
3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,… Pembuka bagi sesuatu yang terkunci, Penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan kebenaran.
Tuan Yang Dipertua,
4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara.
5. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-lO dan Rancangan Malaysia Ke-ll, seterusnya Bajet 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016.
6. InsyaAllah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya, … Amin.
7. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,… merupakan bahagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-ll. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian 5 Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. InsyaAllah.
8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An- Nisa’ ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaparkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kanannya, negara ini diambang mullis, berada dalam krisis ekonomi, nilal ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah. Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat.
Tuan Yang Dipertua,
10. Semenjak tabun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik.
11. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala aral dan rintangan itu, Kerajaan terbukti mampu menangani dan mengatasinya dengan begitu berkesan.
Tuan Yang Dipertua,
12. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh diperbanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu.
Tuan Yang Dipertua,
13. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun
ini.
14. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, ‘there is no comparison whatsoever’, berbanding tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus.
15. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari dengan mudah atau dalam sekelip mata. la menuntut daripada menghadapi kelembapan ekonomi global, kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.
16. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
17. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
18. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
Tuan Yang Dipertua,
19. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan.
20. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan.
21. Pencapaian Keempat: Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999
adalah 3.4 peratus.
22. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurnsan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.
Tuan Yang Dipertua,
23. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih.
24. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BRIM, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
25. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala,indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015.
26. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.
27. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi
terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
28. Ini menunjukkan bahawa realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta
bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil, masih
kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing.
29. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara
mustahak yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan
dan Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya
sejak awal tahn ini.
30. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam
pendaftaran dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan.
31. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah
syarikat yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan
kadar patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
32. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah
tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada lebih 50 peratus
daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini.
33. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah
dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini,
bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia.
34. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata
100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil
cukai petroliam kepada negara, berjumlah 62 bilion ringgit.
35. Akan tetapi, senarionya berbeza, apabila harga minyak telah turun kepada
paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS
serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada
2015.
36. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada 2016, dan kutipan
hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bition ringgit, atau
penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit.
37. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi
pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan
GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana ia
dibelanjakan. lni adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada apa-apa
agenda yang terselindung.
38. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti
kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang
tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh
kekurangan kutipan hasil petroliam, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi
tampungan sebahagian besar daripadanya.
Tuan Yang Dipertua,
39. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan
seandainya GST tidak dilaksanakan, dan kita masih dengan sistem SST seperti yang
sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit.
40. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah
sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit.
41. Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus, dan bukan
lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.
42. Andai kata ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk
membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan
kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan
pinjaman perumahan, pastinya meningkat.
Tuan Yang Dipertua,
43. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang
ada tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau
keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST…sekalipun,
…sekalipun… keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak
popular.
44. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu
lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula
dalam dokumen bajet mereka.
45. lni jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah
dan tidak konsisten.
Tuan Yang Dipertua,
46. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang
bertanggungjawab ini, akan terus melakukan keputusan-keputusan yang betul, waima
tidak bersifat populis, demi,… mendahulukan rakyat dan kepentingan negara.
Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia sekalian,
47. Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu
sistem percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih
160 buah negara.
48. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus
mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat.
49. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan
masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa,
Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap, beberapa
barangan asas kehidupan seharian rakyat.
50. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1
Januari 2016, adalah seperti berikut:
51. Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat
Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, E, C dan D, serta tambahan sebanyak
95 jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti
ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan
peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.
52. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut:
• Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik;
• Dhal, atau kata orang utara kacang ‘parpu’, berasaskan kekacang
daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih; Akar teratai atau
lotus root dan sengkuang air atau water chestnut;
• Biji sawi;
• Gula merah; dan
• Untuk orang Sarawak,…mee kolok kering
53. Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari
Skim Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan
tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu
ringgit kepada 50 ribu ringgit;
54. Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh
mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai
jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah
dibayar ke atas inputnya.
55. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti
penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula akan
dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke atas
pengimportan barang-barang;
56. Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula
barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan
atau pameran;
57. Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan
kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi
tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform
terapung; serta
58. Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan
peralatan mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang
menjalankan program diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
2006.
Tuan Yang Dipertua,
59. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya
daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar
atau prepaid card.
60. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat
bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam
akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016
sehingga 31 Disember 2016.
Tuan Yang Dipertua,
61. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan
progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan
daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara 600
ribu ringgit dan 1 juta ringgit.
62. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar
cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
PERUNTUKAN BAJET 2016
63. Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion
ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit
adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan
pembangunan.
64. Di bawab peruntukan mengurus, 70.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen
dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6
bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula
diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan
lain.
65. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan
tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion
ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta
kesejahteraan masyarakat.
66. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion
ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am ialtu sebanyak 1.6
bilion ringgit. dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
67. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak
225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding
2015.
68. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit
fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
69. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan
diantara Capital Economy dan People Economy. Disamping itu, kita perlu mencapai
pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang
kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan
masyarakat yang saling berpadu.
Tuan Yang Dipertua,
70. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan
“Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 Keutamaan.
Tuan Yang Dipertua,
71. KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA.
72. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan
jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016. lni akan dipacu oleh
pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta disokong
oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit.
73. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan
dilaksanakan:
Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas
108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada
RMK-ll, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016;
Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya’ dengan nilai pembangunan
hampir 11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun;
Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan
seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit;
Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9
projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan,
pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi;
Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal
teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan
sebanyak 50 juta ringgit;
Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 19 bilion ringgit untuk tahun 2016,
bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor;
Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang
sedang dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan
320 juta ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta
ringgit dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta
ringgit; dan
Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik
dan Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan
Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah
MIDA, dan
Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada
dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun
Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan
Semula Khas akan diberikan. Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada
perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak daripada 70 peratus
daripada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran
2018.
Sekian terima kasih.