Ramalan admin, thailand dapat tewaskan filipina malam ini ternyata meleset. Itulah dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku. Namun masih ada lagi 90 minit untuk pasukan Thailand bangkit semula.
Pertama kali ada kejutan untuk 90 minit pertama dalam saingan piala Amec 2024. Namun masih ada 90 minit lagi perlu berjuang dan jurang gol tuh tak jauh pun sebenarnya. Cumanya pasukan Thailand nak dapatkan kelebihan jaringan gol terlebih dahulu dalam aksi separuh akhir pertama ASEAN Championship 2024, ditangguh seketika apabila tewas 2-1 kepada Filipina di Stadium Memorial Rizal.
- Sandro Reyes 21″
- Suphanan Bureerat 45″
- Javier Gayoso 90″+5
Kedua-dua pasukan berharap dapat mengekalkan rekod tanpa kalah yang dikecapi dalam kejohanan setakat ini. Filipina turut memiliki misi memburu kemenangan pertama ke atas Gajah Perang sejak tahun 1972. Namun malam ini terbalas akhirnya buat skuad Azkal. Menceriakan penyokong lebih kurang 7000++ orang yang datang ke Rizal Memorial Stadium. Lebih kurang 52 tahun kemarau kemenangan dengan Thailand beb.
Gandingan Patrik Gustavsson, Suphanat Mueanta dan Supachok Sarachat menjadi pilihan jurulatih Thailand, Masatada Ishii. Albert Capellas pula memilih Bjorn Kristensen untuk mengetuai jentera serangan Filipina.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol awal. Namun masih buntul.
Pemain tengah FC Guntersloh, Sandro Reyes hampir meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit kelapan. Malangnya, rembatan pemain berdarah Filipina-Sepanyol itu berjaya ditangkap Patiwat Khammai.
Tujuh minit kemudian, Akarapong Pumwisat hampir memecah kebuntuan buat Thailand. Walau bagaimanapun, tandukan lemahnya berjaya disambar penjaga gol Filipina, Quincy Kammeraad.
Skuad Azkals di depan minit ke 21!!
Penyokong Filipina ceria apabila Reyes meledakkan rembatan deras dari luar kotak penalti yang menewaskan Patiwat pada minit ke-21.
Tatkala tuan rumah menyangka mereka membawa kelebihan 1-0 sehingga rehat, Suphanan Bureerat memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Lebih malam dalam minit ke berapa VAR tak boleh digunakan atas masalah teknikal. Dia tulis suspended.
Bersambung pada babak kedua, Gajah Perang membuat perubahan dengan memasukkan Nicholas Mickelson menggantikan Thitatorn Aksornsri.
Kawalan bola Filipina yang longgar menyebabkan bola berjaya dicuri oleh Suphanat pada minit ke-47. Malangnya, percubaan penyerang Buriram United itu terkena palang dengan percubaan susulan Supachok terlalu tinggi.
Ishii memasukkan Teerasak Poeiphimai dan Seksan Ratree menggantikan Suphanat dan Gustavsson untuk menambah kreativiti di bahagian serangan.
Thailand terus hampa apabila percubaan Akarapong dinafikan Kammeraad pada minit ke-81. Percubaan susulan pemain gantian, Worachit Kanitsribampen pula hanya melepasi bahagian tepi gol Filipina.
GOL KEMENANGAN TUAN RUMAH.
Tatkala perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, bek tengah Lamphun Warriors, Kike Linales muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan buat Filipina. Membuat serangan pantas disebelah kanan, menanduk dan terus Kike Linales tanduk masuk dalam gawang thailand. Meriah terus dari team jurulatih tuan rumah dan poenyokong di stadium. Dalam last minit tuh juga, sempat thailand ada buat serangan, tetapi dinafikan.
Thailand dan Filipina bakal berentap buat kali kedua di Stadium Rajamangala pada 30 Disember. Pemenang aksi separuh akhir itu bakal bertemu sama ada Singapura atau Vietnam di final. Mungkin final dah tunggu ialah Vietnam. Aku agak jela, kita belum tahu sebab bola itu bulat dan macam-macam boleh berlaku.