Kita baru dikejutkan dengan berita perletakan jawatan jurulatih kebangsaan harimau Malaya, Kim Pan Gon. Dia dah tinggalkan skuad dengan ranking cukup baik. Dia dah buat asas pasukan Kebangsaan, kita layak ke piala asia untuk kesekian kalinya.
Biarpun alasan peribadi (very dangerous) menjadi pembuka jalan kepada pengendali kelahiran Korea itu keluar dari Malaysia, dan tanggungjawab membarakan semula skuad negara digalas sementara jurulatih kelahiran Sepanyol, Pau Marti Vicente, legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belajar sesuatu selepas Harimau Malaya kehilangan khidmat ketua jurulatih berusia 55 tersebut.
“Saya harap sangat FAM selepas ini lebih serius dalam pencarian pengganti Pan-gon, jangan lagi cari yang buat kerja separuh jalan biarpun pelbagai ujian serta cabaran sepanjang mengendalikan Harimau Malaya.
“FAM perlu cari calon yang boleh komited kepada pasukan hingga tamat kontrak, andai kontrak dua tahun biar habiskan dua tahun, lepas itu biar dia pergi kerana situasi yang berlaku sekarang masalah juga kepada pasukan.“Sebagai jurulatih profesional seharusnya seseorang itu menghormati kontrak apatah lagi pasukan negara dalam persediaan mengharungi beberapa kempen penting tahun depan,” katanya yang mengakui banyak kerja rumah perlu dilakukan pengendali baharu selepas ini.
Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif FAM dilaporkan menghormati keputusan Pan-gon, bersetuju untuk melepaskan ketua jurulatih dari Korea Selatan itu dari tugasan dengan persetujuan bersama biarpun masih berbaki kontrak sehingga Disember 2025.
Dan sekali lagi bekas pemain pertahanan Harimau Malaya era 70-an itu menitipkan pesanan badan induk tersebut perlu lebih serius sebagai teras sokongan utama membolehkan pengendali skuad negara menyediakan pasukan yang kompetitif berdaya saing di peringkat antarabangsa.
“Sejujurnya, satu kerugian buat skuad Harimau Malaya apabila kehilangan Kim Pan-gon yang sepanjang tempoh dua setengah tahun terutama setelah berjaya membawa Malaysia layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun.“Malah punca sebenar peletakan jawatan hanya diketahui Presiden FAM, (Datuk) Hamidin (Mohd Amin) menurut Pan-gon, juga satu lagi persoalan yang saya percaya akan melingkari komuniti bola sepak negara.
“Sejujurnya yang tersurat komuniti bola sepak semua sudah tahu, sebaliknya yang tersirat kekal rahsia Pan-gon dengan Hamidin,” katanya.
Pada masa sama Jamal sekali lagi menegaskan kebolehdayasaingan skuad negara seharusnya seiringan dengan saingan liga yang kompetitif sebagai antara rangkaian pembekalan pemain untuk Harimau Malaya.
“FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dalam aspek ini perlu look into this matters seriously, kita mula mengelabah ibarat anak ayam kehilangan ibu apabila Faisal Halim dan Arif Aiman injured.“Liga Malaysia perlu kompetitif, untuk kompetitif MFL perlu memikirkan pendekatan bagi membolehkan ketua jurulatih skuad kebangsaan mendapatkan lebih ramai set pool of players yang berkualiti yang lebih ramai.
“Selagi kita berdepan masalah untuk mencari lebih ramai pemain berkualiti yang berkaliber dalam Liga Malaysia yang boleh beraksi di pentas antarabangsa, selagi itulah masalah yang dihadapi Pan-gon akan diwarisi pengendali baharu Harimau Malaya,” yang menyifatkan pemain import lebih menyerlah dalam saingan liga teratas negara.
Pendapat aku, mungkin ada kaitan dengan Faisal Halim, sejurus dia kena insiden simbah asid oleh “tangan ghaib”. Kim Pan Gon ada terkesan dengan insiden itu.