Tiga hari selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berlangsung, perbahasan mengenai hala tuju badan induk bola sepak negara itu masih menjadi topik hangat dalam kalangan pemerhati, penyokong serta penggiat sukan tanah air.
Apa yang berlaku dalam mesyuarat tersebut dilihat membuka ruang kepada perbincangan lebih luas mengenai aspek pentadbiran, ketelusan dan integriti FAM, selain menimbulkan persoalan tentang masa depan pengurusan bola sepak Malaysia.
Ketika pelbagai pihak meneliti perkembangan semasa, satu perkara yang menjadi harapan bersama ialah usaha mengembalikan semula bola sepak negara ke landasan yang lebih sihat dan kompetitif. [Read more…] about Krisis Tadbir Urus FAM: Masa depan bola sepak Malaysia perlu diselamatkan



