Aksi Kumpulan C 5 petang tadi, jam (waktu mlaysia )diantara Indonesia menentang pasukan tuan rumah, Australia.
Seawal minit kelapan permainan, Indonesia dihadiahkan sepakan penalti selepas Rafael Struick dijatuhkan. Penalti itu bagaimanapun gagal disempurnakan Kevin Diks selepas sepakan beliau terkena tiang.
tu, giliran pasukan tuan rumah pula dihadiahkan sepakan penalti dan gol pertama Australia disempurnakan dengan baik oleh Martin Boyle. Gol kedua Australia pula berjaya dicipta Nishan Velupillay selepas beliau membuat umpanan menewaskan Martin Paes.
ak buah Patrick Kluivert terus dihukum Australia pada minit ke-34 apabila jaringan ketiga Australia terhasil menerusi Jackson Irvine. Separuh masa pertama tanat, Australia 3-0 Indonesia.
Bersambung aksi di babak kedua, Indonesia bermula dengan baik apabila melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Australia. Percubaan Indonesia bagaimanapun gagal dinatijahkan kepada jaringan.
Pada minit ke-61 permainan, Australia menjaringkan gol keempat selepas Lewis Miller menanduk masuk bola ke gawang pasukan pelawat.
Indonesia akhirnya mendapat satu jaringan menerusi pemain yang membuat penampilan pertama bersama Indonesia, Ole Romeny. Jaringan itu tidak cukup sebagai motivasi buat Indonesia untuk bangkit apabila sebelum aksi tamat, Australia berjaya menyumbat jaringan kelima sekali lagi menerusi Jackson Irvine.
Australia mendapat tiga mata di laman sendiri. menewaskan Indonesia dengan keputusan 5-1.