Demikianlah apa yang diperkatakan oleh pengerusi jawatankuasa pertandingan FAM, Firdaus Mohammad.
Terdahulu, kualiti padang yang baru pasang rumput baru itu mengalami masalah masa perlawanan berlangsung, rumput tercabut sebab belum cengkam lagi dia punya akar. Ianya mengundang kemarahan nitizen Malaysia dan juga dari pihak lawan India dan ianya katanya memalukan. Namun begitu TMJ ada menerangkan sebelum perlawanan bermula lagi. Akar baru tanam ini belum cukup kuat, perlukan 2,3 bulan lagi.
Firdaus juga mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sedia menawarkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya bagi aksi final itu.
“Pertama sekali, kami menjunjung kasih dan berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menawarkan gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya.“Namun, setakat hari ini, final Pestabola Merdeka akan diteruskan mengikut perancangan asal, iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kami juga tidak terima apa-apa permohonan daripada pihak Tajikistan.“Jadi, setakat ini, tiada sebarang perubahan dibuat tetapi sudah pasti kami harap perlawanan selepas ini dapat berjalan lancar,” katanya.Pada Jumaat lalu, Harimau Malaya dan India menjadi pasukan pertama menggunakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru sahaja mendapat rumput baru, Zeon Zoysia.
Dalam perlawanan itu, skuad negara berjaya India 4-2 tetapi kemenangan itu dibayangi keadaan rumput yang tercabut di beberapa bahagian padang.Ia sekali gus mengundang persoalan sama ada padang itu boleh digunakan untuk aksi final pada Selasa ini atau tidak. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga sedang bertungkus lumus untuk membaik pulih keadaan padang berkenaan.