Semalam dah habis semua 4 perlawanan suku akhir. Kita dah ketahui pasukan manakah yang akan berentap di separuh akhir.
4 pasukan yang layak mara ke separuh akhir piala Malaysia 2024/25.
- TERENGGANU
- JDT
- SRI PAHANG
- SABAH
Terengganu mara ke separuh akhir setelah menewaskan pasukan Negeri Sembilan dengan aggregate 6-2. Negeri sembilan cuba bangkit di perlawanan kedua, tetapi gagal. Apepun dah dapat 2-0 gol masa first half dengan menyamakan aggregate 2-2 ketika itu. Namun terengganu bangkit hasil dari pemain pinjaman JDT, Safawi rashid dan Akyar Rashid. 2 gol lagi diseparuh masa kedua.
JDT selalu penyandang juara piala ini, tiada masalah menewaskan KL city dengan aggregate 6-1. Perlawanan pertama menang tipis 2-1, perlawanan kedua menang besar 4-0. Manakala pasukan Sri Pahang pun sengit. Perlawanan pertama Sri Pahang mendapat satu gol , perlawanan kedua Perak cuba bangkit namun cuma dapat 2 gol, dan pahang pun dapat 2 gol. Aggregate Sri Pahang 3-2 Perak. Percubaan yang baik dari Perak.
Manakala satu slot pasukan Sabah berjaya mendapatkan slot terakhir menewaskan kuching city. Perlawanan pertama dapat satu gol sahaja. Perlawanan kedua masing-masing buntu tanpa jaringan. Menang dengan aggregate 1-0 sahaja.
Ini bermakna separuh akhir adalah:
- JDT VS TERENGGANU
- SRI PAHANG VS SABAH
JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2024/25.
SEPARUH AKHIR 1 ST LEG
17 JANUARI 2025 (9 MALAM)
- TERENGGANU VS JDT [STADIUM SULTAN TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN]
- SABAH VS SRI PAHANG [ STADIUM LIKAS SABAH ]
SEPARUH AKHIR 2ND LEG
1 FEBRUARI 2024 (9MALAM)
JDT VS TERENGGANU [ STADIUM SULTAN IBRAHIM ]
SRI PAHANG VS SABAH [ STADIUM DARUL MAKMUR ]